Pengertian, Kebaikan, Keburukan, Kepentingan Internet

 INTERNET

  • Merupakan sebuah rangkaian yang terbesar menhubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia. Ianya merupakan sebuah rangkaian yang luas (WAN).
  • Menggunakan protokol TCP/IP untuk penghantaran data maklumat.
  • Menggunakan talian komunikasi seperti kabel sepaksi,fibetr optik,gelombang mikro dan satelit untuk penghantaran data.
  • Boleh mendapatkan maklumat,mancapai maklumat,berkomunikasi,berniaga,belajar dan membeli belah dalam internet.
  • Menyediakan perkhidmatan komunikasi data seperti pemindahan fail,mel elektronik dan kumpulan berita.
  • Dapat mengekseskan pengguna kepada pengguna yang lain atau mengakses maklumat daripada laman-laman web yang terkandung didalamnya.

WORLD WIDE WEB (WWW)

  • WWW terdiri daripada satu sistem rangkaian yang menjalin komputer di seluruh dunia dan menyalurkan dalam bentuk multimedia seperti bunyi,gambar,animasi,video dan juga teks.
  • Tapak atau tempat tersebut dapat dihubungkan melalui hiperpautan(hyperlink) dan membenarkan pengguna bergerak dari satu dokumen ke dokumen yang lain.
  • Membenarkan pengguna bergerak dengan cepat dari satu dokumen ke dokumen yang lain didalam internet.
  • Merupakan satu sistem yang menyediakan kemudahan untuk mencari dan mencapai sebarang sumber maklumat yang terda[at dalam internet dengan mudah dan pantas

KEBAIKAN INTERNET

  • Mesej terlalu cepat.
  • Menyokong multimedia atau hypermedia.
  • Boleh berkomunikasi secara global.
  • Menggunakan capaian komputer jarak jauh.
  • Interaktif-membolehkan pengguna berhubung dan berkomunikasi lebih dari satu hala.

KEBURUKAN

  • Kurang kepastian maklumat tepat.
  • Banyak perubahan disaat akhir perancangan.
  • Bahan perlu ditapis.
  • Interaksi subversif tidak terkawal.
  • Kebocoran maklumat rahsia/peribadi.
  • Kegiatan jenayah yang boleh mengancam sama ada individu mahupun negara.
  • Penggodaman mudah berlaku.
  • Iklan yang tiada batasan mudah diperolehi seperti iklan-iklan pornografi.

KEPENTINGAN INTERNET

  • Memberi perkhidmatan komunikasi elektronik.
  • Memberikan perkhidmatan aplikasi capaian jauh.
  • Membolehkan pemindahan fail dengan mudah dan cepat.
  • Membolehkan penyebaran maklumat lebih luas dan dinamik.
  • Memberi perkhidmatan aplikasi capaian maklumat.

KESAN POSITIF PENGGUNAAN INTERNET

  • Cepat dan tepat hasil kerja.
  • Meningkatkan kualiti kerja.
  • Memudahkan pembelian rumah.
  • Berinteraksi di dalam dan luar negara tanpa batasan dengan cepat dan murah.
  • Dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman.
  • Memudahkan pencarian maklumat dengan cepat.
  • Pertukaran maklumat antara pengguna seluruh dunia berlaku dengan cepat dan mudah.
  • Pasaran dunia untuk produk dan perkhidmatan (e-commerce).
  • Latihan dan pendidikan jarak jauh dalam talian.
  • Kos-kos perniagaan berkurangan.
  • Meningkatkan kecekapan,produktiviti dan seterusnya keuntungan syarikat.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI (INTERNET) KEPADA PELAJAR

  • Sebagai sumber bahan rujukan.
  • Dapat bertukar-tukar pendapat menerusi Bulletin Board.
  • Pelajar dapat berhubung,bersembang dan berkomunikasi melalui internet.
  • Pelajar dapat berkongsi data dan maklumat.
  • Sumber/bahan tugasan senang diperolehi.
  • Pembelajaran dan maklumat didapati tanpa had geografi.
  • Pembelajaran secara maya menjadi realiti.
  • Jual beli (buku) boleh dilakukan dari rumah (e-commerce).

 KESAN AKTIVITI PENGGODAMAN

  • Kerosakan terhadap sistem komputer akibat virus.
  • Komputer gagal berfungsi dengan baik.
  • Keselamatan data dan fail terancam kerana sistem komputer telah diceroboh.
  • Aktiviti penciplakan menjadi semakin berleluasa.

(Sumber : hamtaro89.tripod.com)

1 Komentar

Filed under Hari Ini

One response to “Pengertian, Kebaikan, Keburukan, Kepentingan Internet

  1. elis

    pengetahuan yg berguna…

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s